Cinta itu perasaan jiwa semulajadi.Ia adalah fitrah yang menjadi salah
satu sifat manusia.Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya
itu penuh emosi dan gembira kerana itu.
Dalam memenuhi keperluan
untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai.Insan yang mula
jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada
yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang
bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi
keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh
taqwa.
Cinta adalah ketulusan memberi tanpa berharap untuk menerima
Sifat Cinta
Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya.Sifat cinta itu sempurna.Jika tidak,cinta akan cacat.Itulah cinta sebenar cinta.
Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa
cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke
dunia.Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari
cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepadakekasih dan
akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan
Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta
sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.
Cinta Bersedia
Bila
sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan
manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia
menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan
dikasihi.Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami.Setia untuk
dipertanggungjawapkan kerana cinta.Sedia untuk menyerah diri pada yang
dicintai.
Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa
dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik.Cantiknya itu tulin dan tidak
ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap
dan putih bersih.
Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara
manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari diri yang punya
persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yang dicari,bermakna
cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secucuk dengan
jiwanya,untuk bersatu kembali.Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana
manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.
Cinta Itu Menakluki
Sifat
cinta itu ingin menguasai.Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus
untuk dirinya.Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini
menuntut hak untuk mencintai dan dicintai.Tapi,dalam pada ingin
menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.
Cinta Itu Mengetahui
Pada
asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui.Orang yang bercinta tahu siapa
yang patut dicintainya.Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh
cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta.Mereka tahu apa yang
perlu dilakukan.Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan
peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.
Cinta Itu Hidup
Cinta
adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan
gugur.Cinta itu punya deria dan perasaan.Cinta mendengar cinta,berkata
cinta,melihat cinta.Cinta ada segala-galanya.Sayang,
benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis. Cinta
itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang
berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup
walaupun telah mati.
Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak
dikatakan orang,cinta itu suci.Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak
mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta.Sucinya cinta bermakna
ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,ia suci
bagaikan anak yang baru lahir.Mereka yang kenal erti cinta akan cuba
mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna
menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah
cinta suci jadi bernoda dan berdosa.
Cinta Itu Mempesona
Cinta
itu bukan saja indah,tapi mempersonakan.Ia bukan kerana cinta itu nakal
sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih.Ia adalah sebagaimana anda
melihat pada anak kecil yang comel dan bersih.Dia senyum pada anda dan
merapati anda.Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel,tapi kerana
dia adalah insan yang tidak berdosa.Kerana sifat cinta yang mempersona
ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.Apa saja yang
dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul
walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri.
Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang
yang bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta.Akal itu mampu
dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika
anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.
Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta
perlukan bukti.Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah
mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu.Mereka
percaya jika itu tidak berlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya.
Sebenarnya
anggapan itu tidak tepat.Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang
tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan
pengorbanan anda?
Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan
diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan
selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri
“Janganlah
hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi
lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi
hancur”